Program Ahmanita bersama Masyarakat

10 November 2024 | Aktiviti Terkini

Skuad Amanita Kontinjen Perlis telah mengadakan Ronda Cegah Jenayah bersama masyarakat di Dewan RPA Arau bersama Pegawai Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Perlis (Skuad Waja).

Tujuan program ini diadakan adalah mengadakan kempen pencegahan jenayah, memberi penerangan ringkas tentang jenayah yang melibatkan Kaum Wanita seperti gangguan seksual, keganasan rumah tangga, ragut dan remaja keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali